Mencari Peluang dan Ruang

Mencari Peluang dan Ruang
Photo by Javier Allegue Barros / Unsplash

Peluang

Mencari lead dan peluang (opportunities) sama ada kenalan/kolaborasi baru, idea/masalah dan solusi. Aku sentiasa memikirkan siapa lagi yang perlu aku jumpa. Aku akan berhubung dengan semua kenalan aku termasuklah bekas rakan sekerja, vendor yang pernah aku bekerja mahupun saudara sendiri.

Ternyata peluang tersebut memberi aku sedikit sebanyak kenalan yang lebih luas dan idea/masalah yang tidak pernah terfikir. Aku beranggapan bahawa fasa-fasa awal ni sangat penting untuk belajar skil dan meluaskan jaringan (networking).

Bulan 1 memang aku sibukkan diri aku dengan berjumpa dengan semua orang sama ada yang menjadi solopreneur mahupun business owner. Ada yang CEO di startup company, digital marketers, mentor dalam dunia menjual skil, Director sebuah syarikat IT consultant, tauke jual baja tanah, regional sales APAC sebuah syarikat SAAS dan boss agency berkaitan eCom.

Berjumpa dengan mereka menjadikan diri aku kerdil. Aku memang dahagakan pengetahuan dan skilset yang perlu ada sebagai solopreneur. Menariknya, mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan tips untuk survive dalam dunia solopreneur. Siap wish aku "Selamat datang ke dunia pancaroba".

Antara yang aku belajar dari mereka adalah:

  1. Luaskan Jaringan dan Kenalan: Teruskan mencari dan meluaskan jaringan (networking) kenalan. Bagaimana nak luaskan jaringan? Aku akan share kemudian dalam post yang lain.
  2. Teruskan Bertanya walaupun Remeh: Jangan segan bertanyakan soalan walaupun remeh. Lagi bagus tanya soalan yang sentiasa menghantui kita. Walaupun setiap jawapan berlainan, ia sangat berguna menjadi panduan kita
  3. Idea ada di mana-mana: Dapatkan idea-idea yang bernas dari mereka. Masalah yang mereka hadapi sebelum ni, mungkin dah ada jawapan dan solusi yang mereka gunakan.
  4. Kena Jelas: Masalah/isu kena jelas sebelum kita bertanya. Ini membantu mereka memberi jawapan yang jelas juga.
  5. Kena tahu apa yang kita nak? Kena jelas kita nak apa. Masalah, klien, penyelesaian atau pemasaran. Kalau tak jelas, kau tak tahu nak bawa diri ke arah mana. Dengan kejelasan ini akan menentukan kelangsungan kita sebagai solopreneur dari segi leads, revenue, service dsb.

Ruang

Memang kena mencari ruang masa bekerja dan berehat dari semua peluang yang mendatang. Menyusun jadual temujanji, kerja, exercie dan berehat sangat penting. Penting untuk kesihatan dan kekuatan fizikal, mental dan spiritiual kita.

Apa yang aku buat adalah seperti berikut:

  1. Rutin: Aku biasakan diri aku dengan rutin yang sama seperti bangun awal seawal pukul 5am untuk ibadah dan kekuatan spiritual. Tahajjud, Subuh awal waktu, tilawah, mathurat dan hafazan.
  2. Jadual: Aku jadualkan kerja aku sedetails mungkin sehari sebelum keesokkan harinya. Jelas apa nak buat dan ada bendanya. Ini akan memberikan kita momentum.
  3. Workspace: Persiapkan tempat dan ruang kerja dengan sekemas dan sebaik mungkin. Ini akan memberi motivasi untuk terus bekerja.
  4. Pengurusan Masa: Gunakan blocking time atau Pomodoro techniques (25mins (kerja) - 5mins (break)). Cuba tidur sekejap before or after lunch untuk memberi kesegaran.
  5. Kemas Rumah: Hampir setiap hari aku kemas rumah dan kelihatan bersih dan kemas. Ambil masa 15 mins - 30 mins. Selain dari faedah kesihatan hasil dari mengemas rumah, kita pun akan suka dengan persekitaran yang bersih dan segar.
  6. Petting: Bela kucing untuk mendapatkan happiness pill for my mood. Ini memang berkesan.

Kesimpulan

Peluang dan ruang adalah 2 dimensi yang kita perlu jaga dan kawal pada fasa permulaan ini. Mungkin berubah pandangan aku pada masa akan datang tapi biar aku simpan catatan aku untuk aku lihat kembali nanti.

See you in the next 90 days!