Tips Tingkatkan Keyakinan Klien Terhadap Servis Kita

Tips Tingkatkan Keyakinan Klien Terhadap Servis Kita
Photo by Luke Southern / Unsplash

Satu perkara yang aku belajar tentang berinteraksi dengan klien adalah membina kepercayaan atau 'trust'. Kepercayaan dibina antara 2 pihak. Pihak pertama adalah kita yang memberi servis terbaik dan yang diperlukan oleh klien. Pihak kedua adalah klien yang mempunyai masalah (pain point) dan memerlukan penyelesaian segera.

Kepercayaan ini dibina dengan pertemuan pertama sama ada melalui mesej atau bertemu. Mesej yang dimulakan mestilah dengan penuh adab. Bermula dengan salam hormat dan panggilan yang tepat kepada klien. Tuan atau Puan. Gunakan ejaan penuh dan susun perkataan tersebut dengan tertib. Ini melambangkan ketinggian bahasa dan reputasi kita.

Ini tips yang mungkin boleh digunakan dalam situasi anda:-

1# Perbualan Ringkas

Selepas salam hormat, mulakan mesej atau ucapan dengan perkara ringkas sama ada bertanyakan khabar atau mengambil tahu keadaan klien ketika itu. Perbualan ringkas ini sangat membantu meredakan kedua-dua belah pihak dan membantu kita dalam memulakan perbualan berkaitan servis/bisnes kita.

Jika sudah mula klien sudah bersedia, kita boleh mulakan dengan pertanyaan yang sesuai. Jika belum, tunggu sehingga klien bersedia.

Bagaimana kita tahu klien sudah bersedia?

Kita boleh tahu melalui bahasa tubuhnya. Jika dia menghadap kita, maka dia sudah bersedia. Jika dia masih memegang telefon atau dia menghadap tempat lain, maka kita terus bertanya, adakah dia perlu selesaikan urusannya yang tertangguh.

Memahami bahasa tubuh klien sangat penting untuk pastikan kita tanya pada tepat pada waktu dan keadaannya.

2# Tanya Soalan yang Relevan dan Tepat

Pastikan kita sudah mempunyai beberapa soalan sebelum bertemu klien. Soalan-soalan tersebut sangat membantu kita dalam mendapatkan data yang tepat untuk kerja-kerja kita. Ini sebagai panduan ketika temubual.

Soalan-soalan spontan mungkin menyebabkan kita lari fokus dari soalan sebenar. Akhirnya, kita tidak dapat apa yang kita hendak dari klien ketika sesi temubual tersebut.

3# Ringkasan Hasil Temubual sebagai Ingatan

Dengan ringkasan hasil temubual tersebut sangat membantu kedua-dua belah pihak untuk memahami semua soalan yang telah dijawab. Jika terdapat jawapan yang tidak tepat, klien akan segera memperbetulkan jawapan tersebut. Ringkasan ini sepatutnya dicatit kemas oleh kita dan kita faham dan jelas catatan tersebut sebagai rujukan di kemudian hari.

4# Kongsikan Sedikit Kisah Peribadi jika Perlu

Kepercayaan dapat dibina dengan kisah-kisah peribadi yang tidak mengaibkan. Jika melucukan, lagi best! Ini akan mencipta momen-momen yang baik seterusnya membina kepercayaan tersebut.

Pernah sekali, saya ceritakan juga kegagalan saya untuk memahami satu perkataan 'loghat'. Saya faham lain tapi maksud sebenar lain. Itu pun sudah membuat klien tertawa terbahak-bahak.

Kesimpulan

Dengan mempamerkan keikhlasan dan kesungguhan sama ada melalui teks dan percakapan kita, kepercayaan dapat dibina secara tidak sedar. Jangan lupa untuk akhiri pertemuaan atau mesej tersebut dengan ucapan penghargaan terima kasih. Itu sudah memadai.

Kalau ada tips yang lebih menarik untuk dikongsikan, boleh kongsi dengan pembaca lain di bawah!